“Kubis boleh menyebabkan angin juga. Bagus... Bagus juga awak tak makan. Awak tu nampak berangin!”
“Hesy!!!”
“Kalau sayur kailan ni, apa pula khasiatnya? Suami mak cik suka sangat makan.”
Tiba-tiba...
Ada seorang mak cik menegur dari belakang.
“Maaflah, mak cik menyampuk. Tapi, mak cik sukalah suami adik ni terangkan kebaikan sayur.”
Suami?
Oh...
Memang jodoh tersalah alamat la!
Baru aku nak buka mulut...
“Kailan ni mak cik...”
E. Zahrin mengangkat keningnya dan...
Aku terus menolak troli aku.
Geram!
Malas aku nak melayan dia. Bagus juga mak cik tu menyampuk. Tanya dia banyak-banyak, mak cik. Dia tahu sayur apa yang sedap dan berkhasiat. Yalah... Dia kan kambing. Lebih baik, aku ambil Super Ring aku tu dan cabut. Oh, jangan lupa beras, telur... Ah, roti dan Cornflakes! Susu!
Haih... Macam banyak aje yang nak kena beli ni.
Kalau tak kerana dietician tak berbayar tu...
Aku mesti dah siap shopping!
Aku ni...
Tak suka nak shopping. Shopping akan membazirkan masa aku. Sebab aku... Selalu ralit. Tengoklah dah hampir dua jam kat dalam Tesco ni, siap beli baju kelawar lagi. Dua untuk mummy... Dua untuk aku. Macamlah Tesco tak ada kat Ipoh!
Tengah beratur nak bayar...
Tiba-tiba...
“Pengumuman... Pengumuman... Diminta Puan Zara Lily Erlena datang ke kaunter pertanyaan. Suami sedang menunggu.”
Errr...
Nama aku ke tu?
Tapi, mana aku ada suami!
Orang lain kut...
“Ulang suara, diminta Puan Zara Lily Erlena datang ke kaunter pertanyaan, suami puan sedang menunggu. Suami puan, Encik Ean Zahrin sedang menunggu.”
Ean Zahrin?
Ah!!!
Ya, Allah...
Malunya!
Dia ni kan...
Memang tak ada kerja ke?
Taulah manuskrip dia dah siap..
“Suami dia mesti bengang bini dia stuck kat dalam ni.”
“Ah... Bini dia kat Watson kut? Selalu orang perempuan kalau dah masuk situ, tak reti nak keluar.”
Tak pasal...
Aku kena gelak!
#JodohTersalahAlamat